MAKLUMAN TERKINI : PERTUKARAN LOKASI

Posted by Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional 2010 | 2:38 AM | 0 comments »

LOKASI
KONGRES GERAKAN MAHASISWA
NASIONAL

BERPINDAH KE

DEWAN BANQUET DEWAN SIVIK
MBPJKUALA LUMPUR

PERJALANAN PROGRAM ADALAH SEPERTI BIASA
TARIKH : 20 MAC 2010 (SABTU)
BERMULA PADA JAM 8.30 PAGI DAN DIJANGKA TAMAT PADA JAM 5.30 PETANG

PIHAK PENGANJUR MEMOHON MAAF DI ATAS SEBARANG KESUKARAN

Perubahan Tempat Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional 2010

Posted by Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional 2010 | 2:21 AM | 0 comments »

MAKLUMAT PENTING !!!

PERUBAHAN TEMPAT KONGRES GERAKAN MAHASISWA NASIONAL 2010

TEMPAT : DEWAN CENTRUM SETIAWANGSA, JALAN SETIAWANGSA 13, TAMAN SETIAWANGSA, 54200 KUALA LUMPUR. ( berhampiran Sekolah Kebangsaan Setiawangsa & Medan Selera Taman Setiawangsa )

PERASMI KONGRES : YB NURUL IZZAH ANWAR.



pelan ke lokasi terbaru Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional 2010




View Larger Map

Roadshow Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional 2010

Posted by Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional 2010 | 5:31 AM | 0 comments »


Salam hormat buat anak muda mahasiswa di seluruh kampus Malaysia. Untuk maklumat sahabat-sahabat aktivis mahasiswa, pihak penganjur kongres serta pimpinan tertinggi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan turun di setiap kampus khususnya di lembah Klang untuk mengadakan roadshow dan sesi penerangan berkenaan Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional 2010 yang akan berlansung sekitar 2 minggu dari sekarang ( 20 Mac 2010 ).

Pihak penganjur kongres telah mengadakan roadshow kongres di beberapa kampus di sekitar lembah Klang, antaranya :

1) 11 Mac 2010 ( Khamis ) : Universiti Malaya, Fakulti Sastera & Sains Sosial.
Jam 8.30 malam.

2) 12/3/2010 (Jumaat): Universiti Putra Malaysia, Masjid UPM.
Jam 8.30 mlm.

Untuk roadshow seterusnya akan berlansung pada :

13/3/2010 (Sabtu) : Universiti Industri Selangor (UNISEL).
Jam 12.30 tengahari.

Maklumat untuk roadshow di kampus-kampus lain akan diberitahu kemudian.



- Menjana Gerakan Baharu Mahasiswa -

Posted by Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional 2010 | 11:04 PM | 0 comments »

Posted by Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional 2010 | 11:02 PM | 0 comments »

Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional 2010

Posted by Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional 2010 | 1:30 PM | 0 comments »





Tarikh : 20 Mac 2010 ( Sabtu )
Tempat : Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall ( KLSCAH )
Anjuran : Solidariti Mahasiswa Malaysia ( SMM )

- Terbuka kepada seluruh anak muda mahasiswa & orang awam -


Pengenalan


Kongres Mahasiswa adalah satu perkara yang mustahak yang perlu dilakukan dalam negara ke arah mencapai negara maju. Kongres ini penting untuk aktivis mahasiswa khususnya membentuk gerakan yang bersifat yang lebih bersepadu, menyeluruh dan berkesan untuk memajukan negara pada masa akan datang.

SMM mengambil inisiatif untuk mengadakan kongres mahasiswa sebagai usaha untuk menyatukan idea-idea aktivis-aktivis di Malaysia bukan sahaja di peringkat mahasiswa malah aktivis negara. Program ini akan menjadi perintis ke arah SMM untuk menyatukan dan memperkasakan 'wajah' Malaysia agar menjadi negara yang unggul bukan sahaja dari satu aspek malahan meliputi keseluruhan aspek utama dalam mentadbir negara maju.

Jika dilihat kepada realiti kepada keadaan Malaysia pada hari ini, sewajarnya gerakan mahasiswa perlu diber nafas baru yang lebih segar seterusnya meninggalkan ciri-ciri mahasiswa lesu, bisu dan kaku yang akhirnya mencerminkan corak Malaysia akan datang. Oleh itu generasi bakal pemimpin perlu bersedia menggunakan daya intelektual yang ada bergabung suara dan tenaga supaya bakal pemimpin negara akan datang lebih berdaya maju, berkarisma dan prihatin kepada kebajikan masyarakat.

Objektif Kongres

1. Menyusun semula gerakan mahasiswa peringkat nasional.

2. Memperkemaskan struktur gerakan di setiap peringkat ( Nasional dan Kampus )

3. Re-branding semula SMM sebagai satu wadah dan koalasi gerakan mahasiswa yang terbesar di peringkat nasional.


Matlamat Kongres

1. Memberi penerangan kepada semua aktivis mahasiswa berkenaan struktur gerakan serta halatuju dan matlamat SMM.

2. Memperkenalkan pimpinan setiap kampus kepada seluruh aktivis.

3. Menyusun semula perwakilan yang terpilih dalam satu organisasi di peringkat Nasional
( MPMN )

4. Membuka keahlian SMM secara terus dan menarik lebih ramai anak muda menyertai SMM.